MC MAJU EMPIRE telah di tubuhkan pada 11hb OKTOBER 2021 yang mana ia merupakan peralihan syarikat dari syarikat MC MAJU ENGINEERING yang di tubuhkan pada 6 hb Mac 2011 yang beralamat di PT 1745 Kampung Kebakat 16250 Wakaf Bharu Kelantan merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera yang menjalakan kerja pembinaan bangunan,perumahan dan kerja – klerja Kejuruteraan Awam. Syarikat ini juga berdaftar dengan Kementeriaan Kewangan Malaysia (MOF) dan Lembaga Pembangunan Pembinaan Industri Malaysia (CIDB) di bawah gred G4.
MC MAJU EMPIRE di miliki secara pemilikan tunggal, di mana pemiliknya ialah Encik Muhamad Sanusi Bin Ismail yang bertindak sebagai pengurus syarikat dan hal-hal kerja yang berkaitan, semasa menjalankan kerja-kerja syarikat. Di bawah syarikat ini juga terdapat 3 anak syarikat iaitu MC MAJU TRADING (CIDB) kelas G2, SJ RICH LEGACY (CIDB) kelas G2 dan SYARIF MAJU TRADING (CIDB) kelas G2.
Berbekalkan pengalaman dan komitmen yang dimiliki oleh MC MAJU EMPIRE, kami mampu berdaya saing dengan syarikat pembinaan yang lain di negeri ini. Kami juga telah berjaya menyiapkan kerja-kerja pembinaan di sekitar negeri Kelantan,Terengganu dan Pahang (Pantai Timur) dengan jayanya.
MC MAJU EMPIRE juga sentiasa mengekalkan prestasi yang terbaik dalam mengendalikan sesuatu urusniaga dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki prestasi syarikat ke taraf yang lebih membanggakan agar syarikat dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi kehendak pelanggan.